Posted on Leave a comment

Telegram Chatbot

Chatbot dalam bahasa mudah adalah “robot” @ mesin yang menerima dan menjawab mesej2 yang diterima. Ia juga boleh diprogramkan untuk melakukan suatu tindakan berdasarkan mesej arahan yang diterima. Chatbot mempunyai banyak kegunaan dalam pelbagai sektor, misalnya sebagai helpdesk yang menguruskan atau merekodkan aduan2 daripada pengguna, pengurusan bangunan di mana mesej alert akan dihantar kepada technician bertugas, kawalan peranti, pengiklanan dan sebagainya.

Telegram chatbot adalah chatbot yang dibina menggunakan aplikasi mesej Telegram. Mesej atau arahan dihantar menerusi aplikasi telegram ke saluran chatbot dan kemudian pengirim akan menerima mesej maklum balas daripada chatbot.

Contoh:

Keperluan

Pelayan web dan database MySQL dengan sambungan talian Internet yang stabil.